KAD NAMA PERAWAT



Salam sejahtera kepada semua pelawat blog Pusat Perubatan Islam Ar-Redha yang dirahmati Allah subhanahuwataala..
semoga dalam keadaan sihat dan sejahtera..Disini saya poskan ikrar pengamal perubatan islam,untuk dijadikan tatapan untuk pelawat agar yakinlah dengan perubatan islam,jauhkanlah diri dari perubatan yang meragukan....


IKRAR PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya bersumpah dengan nama Allah yang Maha Agong.
Untuk menyedari tentang pengawasan Allah dalam melaksanakan tugas saya.
Untuk melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan keadaan, berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka daripada maut, kesakitan dan kebimbangan.
Untuk menjaga kehormatan manusia, melindungi aurat mereka dan menyimpan rahsia mereka. Untuk menjadi wasilah kerahmatan Allah s.w.t. menghulurkan rawatan perubatan kepada mereka yang dekat dan yang jauh, yang soleh dan yang berdosa serta kepada kawan dan lawan. Untuk berusaha mencari ilmu dan menggunakannya bagi kemanfaatan dan bukan kebinasaan manusia.
Untuk memuliakan guru saya, mengajar mereka yang lebih muda daripada saya dan menjadi saudara kepada semua rakan dalam professional perubatan, bekerjasama dalam kebaikan dan ketaqwaan.
Untuk menghidupkan keimanan saya dalam keadaan rahsia dan keadaan nyata, mengelakkan apa-apa yang boleh mencacatkan saya pada  pandangan Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta orang yang beriman. Dan semoga Allah s.w.t menjadi saksi atas sumpahan ikrar ini.

Ya Allah...

Aku memohon kepada-Mu dari hal-hal yang mendatangkan keridhaan-Mu. Aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu. Aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk menaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu. Wahai Pemberi para peminta.
Mendapat Keredhaan Allah adalah matlamat tertinggi bagi setiap mukmin. Ini tergambar menerusi bait-bait syair yang sering diungkapkan di dalam zikir munajat:

إلهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى

Bermaksud:

Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju, keredhaanMu adalah pencarianku.

Keredhaan Allah hanya boleh dicapai dengan beriman kepadaNya yang Esa lagi Maha Kuasa, taat kepada segala titah perintahNya, tenang dan yakin terhadap janji-janjiNya. Inilah orang yang dinamakan mutmainnah. Para malaikat memanggil mereka agar kembali ke Pangkuan Tuhan mereka dengan mendapat limpahan kasih dan redhaNya.

!Wahai jiwa yang tenang"
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya"
"Maka masuklahlah ke dalam golongan hamba-hambaKu
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "  (Al-Fajr:27-30)


Nabi bersabda:

مَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللهِ سَخِطَ اللهُ عَلَيْهِ وَأَسْخَطَ عَلَيْهَا النَّاسَ
“Siapa yang mencari ridha manusia dengan membuat Allah murka, niscaya Allah murka kepadanya dan Allah pun menjadikan manusia murka kepadanya.” (HR. at-Tirmidzi no. 2416)

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi dan dirahmati Allah . 


  • Hari Jumaat yang indah dan berkah serta diiringan keredhaan-Nya . Alhamdulilah , masih diberikan peluang oleh Allah untuk mentaati-Nya , InsyaAllah.
  • Bab menggunakan bantuan jin . Samaada jin Islam atau jin kafir . Hukumnya tetap haram . Haram bagi kita orang Islam berkawan dengan jin . Tempat pergantungan kita hanya pada Allah semata-mata .
" Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"

Kaffarah bagi dosa. SubhanAllah .
Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara segar di pagi hari.

- Setiap penyakit / ujian yang diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya. Contoh mengingatkan kita kepada Allah, supaya tidak tinggalkan syariat dan sebagainya.

- Ia juga menjadi kaffarah bagi dosa-dosa kita yang lalu hatta tercucuk duri sekalipun.

- Jangan masa sakit kita ingat Allah, masa senang
 
FB link :-
 

Pihak Pusat Perubatan Islam ar-Redha mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin mengadakan seminar berkenaan perubatan Islam. Jika ada, silalah komen di post ini.

- Juga menyediakan pembalajaran agama secara percuma. InsyaAllah .[Area Kota Tinggi, Johor]

PENGENALAN :-

Tentang Pengasas Pusat Rawatan Islam ini :- 

:: al-Faqir ilallah Ustaz Mohamad Nazru ibnu Zahari al-Kelantani al-Azhari.

:: Seorang pengamal perubatan Islam.

:: Merawat sambil berdakwah dan juga membuka pengajian ilmu agama Islam secara percuma.

Pusat Perubatan Islam ar-Redha :-

:: Di asaskan oleh al-Faqir ilallah Ustaz Mohamad Nazru ibnu Zahari al-Kelantani al-Azhari.

:: Ahli :-

1. Muhamad Zahid ibnu Zainol.

2. Wan Roslan ibnu W. Mohamad.

3. Ustaz Md Farukey ibnu Nowawi.

;;